Cara Buat Sabun Kopi.
Kopi merupakan minuman yang tidak asing bagi yang menggemarinya. Minuman kopi juga telah dipelbagaikan mengikut kesesuaian tempat dan citarasa masyarakat tempatan. Kopi semakin digemari, buktinya adalah dengan kemunculan kafe kopi di negara ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Namun, dengan inovasi masyarakat tempatan, kopi turut digunakan dalam pembuatan sabun muka. Penggunaan kopi sebagai skrub boleh membersihkan kulit wajah daripada sel mati. Berikut merupakan cara mudah untuk membuat sabun kopi.
Anda boleh mendapatkan bahan mentah daripada Borneo Rich Supplier sekiranya anda berdekatan Pekan Telipok ataupun tinggal di Sabah.
Cara Buat Sabun Kopi.
Peralatan yang diperlukan :
1. Induction heater / Microwave oven/ Periuk nasi ( Digunakan untuk pemanasan)
2. Acuan ( Boleh menggunakan bekas dadih/ Acuan coklat ataupun yang difikirkan bersesuaian)
3. Spatula (Gunakan untuk mengacau gliserin yang cair)
4. Beaker ( Boleh gunakan keluli tahan karat/atau yang difikirkan bersesuaian)
Bahan mentah :
1. Ibu sabun / Soap base/ Gliserin (100g) (Transparent/Opaque)
2. Serbuk Kopi (1g)
Cara Buat Sabun Kopi.
1. Buat pemanasan secara double boil. Panaskan air dalam bekas keluli (Jika gunakan induction heater). Letakkan gliserin yang telah ditimbang ke dalam bekas keluli yang lain. Bekas ini kemudiannya diletakkan ke dalam air yang telah dipanaskan sebelumnya.Konsep double boil :
Haba daripada induction heater memanaskan air, haba daripada air pula akan memanaskan gliserin.
2. Setelah cair (tiada selaput di bahagian atas gliserin), masukkan serbuk kopi ke dalam gliserin. Kacau sehingga sebati menggunakan spatula.
3. Tuang larutan ke dalam acuan yang telah disediakan terlebih dahulu.
Peringatan.
1. Pastikan anda membersihkan semua perkakas yang digunakan terlebih dahulu.
2. Pastikan kawasan kerja anda bersih sebelum memulakan pembuatan sabun.
Selamat bereksperimen!
Terima kasih info. Lepas ni bagus buat sendiri la.
ReplyDelete