Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA. Musim perayaan semakin menghampiri. Musim perayaan juga sinonim dengan majlis pernikahan. Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan RELA untuk membuat kawalan lalulintas, berikut merupakan contoh surat rasmi untuk menapatkan bantuan berkenaan.
Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA
Suriram Ajmain
Kg Pasir Putih
Pasir Gudang Johor
No tel : 0135431728 22 JUN 2018
__________________________________________________________________________
Ketua RELA
_________________
_________________
_________________
PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.
2. Sukacitanya saya _______________ ingin memaklumkan bahawa saya akan mengaakan majlis perkahwinan anak perempuan saya seperti ketetapan berikut :
Tarikh :
Masa :
Alamat :
3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bantuan pihak tuan agar dapat menyediakan 2 anggota RELA untuk bertugas menjaga kawalan lalulintas paa hari perkahwinan tersebut memandangkan lokasi rumah saya yang berekatan dengan jalanraya utama.
4. Segala jasa baik dan pertimbangan daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang Benar,
_______________
(SURIRAM AJMAIN)
Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA
Semoga dengan contoh surat ini dapat memudahkan urusan anda untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda dengan lebih teratur dan selamat.
kalau rela untuk jaga kaunter senarai daftar tetamu / scanner suhu bole ke?
ReplyDelete