Halal Malaysia semakin dipandang oleh industri dalam negara bahkan luar negara. Penggunaan Logo Halal Malaysia meningkatkan keyakinan pengguna dan menjamin kebersihan dan keselamatan produk. Ini kerana Halal mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan produk selamat. namun demikian, tidak kurang rungutan daripada para pengusaha makanan berkenaan kesusahan untuk mendapatkan Halal. cara memohon halal bagi produk makan tidaklah susah sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan SOP Halal sebelum diaudit pihak JAKIM.
Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan
Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:
- Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
- Pengedar/penjual (distributor/ trader);
- Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
- Pembungkusan semula (repacking);
- Premis makanan (food premise);
- Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online.
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.
Permohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berikut:
- Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
- Produk yang tidak halal;
- Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
- Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ;
- Pewarna rambut (hair color / hair dye);
- Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;
- Baja dan makanan binatang;
Pemohon perlu mengisi borang yang bersesuaian :
- Produk / Barangan Gunaan
- Premis Makanan
- Rumah Sembelih
- Profil syarikat;
- Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;
- Bahan ramuan yang digunakan;
- Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;
- Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);
- Jenis bahan pembungkusan;
- Proses dan prosedur pengeluaran;
- Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada); dan
- Peta lokasi premis / kilang.
- Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.
Pengalaman Audit Jakim
Pengalaman audit Jakim. Audit Jakim dijalankan selepas permohonan On-line lengkap dan mendapat surat audit daripada pihak Jakim. Pihak Jakim tidak akan memberikan tempoh spesifik untuk melakukan audit. Jakim hanya akan memaklumkan akan melakukan audit dalam tempoh masa seminggu (akan datang pada bila-bila masa sahaja). Pihak syarikat hendaklah bersedia sepanjang tempoh masa tersebut.
Pihak Jakim akan menghantar 2 orang auditor untuk proses audit. Pihak syarikat diminta untuk membentang berkenaan proses Halal didalam syarikat.
Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan
Permohonan Halal untuk produk makanan tidaklah susah/ rumit seperti yang disangkakan. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mengisi permohonan Halal, anda boleh menghubungi
aminshukri91@gmail.com
0168652701
Comments
Post a Comment