Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. Produk kosmetik yang berada di pasaran seharusnya mempunyai no pendaftaran produk dengan KKM. Kebiasaanya, pendaftaran NOT ini diuruskan oleh pengilang menggunakan token melalui portal Quest3+. Dengan adanya no pendaftaran produk kosmetik ini. produk tersebut disahkan selamat. Namun terdapat juga kes dimana, terdapat produk yang diluluskan didapati tidak selamat apabila terdapat pengguna produk yang membuat aduan. Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. 1. Melawat Laman Web Rasmi NPRA : Klik Sini 2. Lakukan Carian Produk     Link carian Produk : Carian Produk Anda akan ke halaman ini. Lakukan Carian. Untuk memulakan carian, anda perlu mendapatkan no notifikasi produk terlebih dahulu. Untuk produk kosmetik, no notifikasi bermula dengan huruf NOT manakala untuk produk farmaseutikal akan bermula dengan huruf MAL. Carian boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk , no pendaftaran produk, pengilang, pengimport dan m

Senarai Kilang Kosmetik di Sabah

Senarai Kilang Kosmetik Sabah. Jika sebelum ini anda perlu ke Semenanjung Malaysia untuk mencari kilang kosmetik, kini anda juga boleh menemui kilang kosmetik bertaraf GMP di Sabah. Kilang Kosmetik bertaraf GMP ini menyediakan perkhidmatan untuk membuat produk kosmetik anda. Senarai Kilang Kosmetik di Sabah Kilang kosmetik ini tidak menjual krim kilo. semua produk yang dikeluarkan bermula daripada R&D sebelum diproses. Secara umumnya, terdapat dua kilang bertaraf GMP di Sabah iaitu Borneo Rich Supplier dan Anita Fragrance Cosmetic Laboratory. Baca Lagi : Bahan Terlarang Dalam Produk Kosmetik Alamat Kilang Kosmetik Sabah Kilang kosmetik Sabah 1. Borneo Rich supplier     SIRIM Sabah , Lot 1, Fasa 1, Jalan Timur 6, Taman Perindustrian KKIP, Kota Kinabalu, Sabah     Kilang kosmetik ini menawarkan perkhidmatan membuat produk ODM. Selain itu, kilang ini juga        menawarkan kelas make up, kelas sabun dan penjualan bahan mentah.         Page fb : https://www.faceboo

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah. Kemunculan produk kosmetik semakin berkembang pada masa kini. Kemunculan pelbagai kilang kosmetik merancakkan lagi industri kecantikan di negara kita. Tidak ketinggalan di negeri Sabah, kini terdapat dua kilang kosmetik yang menawarkan perkhidmatan ini. Tempat Buat Produk Jenama Sendiri Sabah salah satunya berada di SIRIM Sabah yang berada di KKIP Telipok. Baca Lagi : Alamat Kilang Kosmetik Sabah Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah Adakah anda berminat untuk membuat produk jenama sendiri dengan formulasi yang anda inginkan? Kini terdapat sebuah kilang kosmetik di Sabah yang menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai idea untuk membuat sesuatu produk, anda boleh berbincang dengan Cosmetic Chemist di kilang ini untuk memulakan R&D.  Beberapa sampel akan diberikan kepada anda untuk dilakukan penambah baikan mengikut kemahuan anda, Sekiranya anda telah berpuas hati dengan sampel te

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA. Musim perayaan semakin menghampiri. Musim perayaan juga sinonim dengan majlis pernikahan. Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan RELA untuk membuat kawalan lalulintas, berikut merupakan contoh surat rasmi untuk menapatkan bantuan berkenaan. Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA Suriram Ajmain Kg Pasir Putih Pasir Gudang Johor No tel : 0135431728                                                                                     22 JUN 2018 __________________________________________________________________________ Ketua RELA _________________ _________________ _________________ PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas. 2.       Sukacitanya saya _______________ ingin memaklumkan bahawa saya akan mengaakan majlis perkahwinan anak perempuan saya seperti ketetapan berikut :