Skip to main content

Posts

Semakan Keputusan Guru interim Ambilan Januari 2020

Semakan  Keputusan Guru Interim Ambilan Januari 2020. Bagi calon yang telah mengisi permohonan untuk menjadi guru Interim September lepas. S emakan Keputusan Guru Interim Ambilan Januari 2020 boleh dilakukan bermula 1.00 tengah hari 09 Oktober 2019. Permohonan Guru Interim Ambilan 2020 telah tamat pada 30 September yang lepas. Ambilan pada kali ini dibuka untuk guru sekolah rendah. Kepada calon yang berjaya ke peringkat UKCG, pastikan anda bersedia sebaiknya untuk ke peringkat seterusnya. Untuk makluman . Keputusan calon berjaya dipanggil UKCG boleh diketahui pada 9 Oktober 2019 (Rabu). Jam 1.00 tengahari Semua calon boleh melayari portal yang sama semasa mendaftar untuk mengetahui keputusan tersebut. Sila semak proses kerja terkini untuk mengetahui maklumat lanjut. Admin Anda boleh membuat semakan di pautan berikut :  https://pismp.moe.gov.my/myUMUM/ Kami mendoakan agar permohonan kalian berjaya.
Recent posts

Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan

Halal Malaysia semakin dipandang oleh industri dalam negara bahkan luar negara. Penggunaan Logo Halal Malaysia meningkatkan keyakinan pengguna dan menjamin kebersihan dan keselamatan produk. Ini kerana Halal mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan produk selamat. namun demikian, tidak kurang rungutan daripada para pengusaha makanan berkenaan kesusahan untuk mendapatkan Halal. cara memohon halal bagi produk makan tidaklah susah sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan SOP Halal sebelum diaudit pihak JAKIM. Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut: Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer); Pengedar/penjual (distributor/ trader); Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer); Pembungkusan semula (repacking); Premis makanan (food premise); Rumah sembelih (abattoir/slaughter house). Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hen

Perkhidmatan Pengujian SPF Produk Kosmetik

Sun Protection Factor (SPF) merupakan nilai yang menjadi anggaran kepada keberkesanan produk tersebut bagi melindungi kulit anda dibawah sinaran matahari. Contohnya, kulit anda akan terbakar dalam masa 15 minit tanpa memakai sebarang produk. Dengan menggunakan produk yang mempunyai nilai SPF 10, ianya akan memperpanjang masa yang diambil oleh kulit anda untuk mula terbakar sebanyak 10 kali ganda. Iaitu 15 minit x 10 = 150 minit dan begitulah seterusnya. Adakah SPF Tinggi Baik Untuk Kulit? SPF yang tinggi tidak menjadi ukuran baiknya produk tersebut kepada kulit kita. Penggunaan SPF rendah juga memadai sekiranya kita merancang masa terdedah kepada matahari. Berikut merupakan anggran masa yang diambil oleh jenis kulit untuk mula terbakar dibawah terik matahari. Kulit putih biasanya akan bertahan selama 10 minit. Kulit kuning langsat akan bertahan selama 15 minit Kulit sawo matang akan bertahan selama 20 minit. Adalah penting untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit kit

Cara Pilih Serum Muka

Cara Pilih Serum Muka Memiliki wajah yang cantik merupakan idaman setiap insan di dunia ini. Namun seiring dengan peredaran waktu, muka menjadi semakin kusam, jatuh, tidak tegang dan bermacam lagi. Untuk mengatasi masalah ini, industri kecantikan telah menjadikan serum sebagai penyelesai masalah ini. Cara buat serum muka tidaklah susah mana. Yang penting bahan yang dipakai selamat dan sesuai dengan kulit anda. Lelaki Pakai Serum x? Penyediaan Base Serum. Pada kebiasaannya bes serum menggunakan air sebagai bahan utama diikuti dengan beberapa bahan seperti gliserin dan lain-lain. Fungsi bahan yang lain ini adalah untuk memberikan beberapa kebaikan kepada kulit seperti pelembap dan memberikan tekstur yang baik untuk base serum tersebut.  Nilai pH juga menetukan kebaikan kepada kulit anda manakala tekstur serum adalah lebih kepada 'feel' kepada pemakai. Baca :  Cara Cek Halal Produk Bahan Aktif Serum Bahan aktif serum juga memainkan peranan yang sangat penting un

Semakan Status Halal Jakim

Semakan Status Halal Jakim Logo Halal Malaysia semakin dikenali di mata dunia. Industri Halal juga telah menunjukkan peningkatan yang signifikan. Maka idak hairanlah jika Standard Malaysia telah mengeluarkan pelbagai Standard Malaysia berkenaan Halal.  Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ “Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270). Logo Halal memainkan peranan penting untuk meyakinkan para pengguna. Ianya bukan sahaja menjadi indikator produk tersebut halal bahkan ianya selamat untuk dimakan dan diproses menggunakan bahan yang selamat dan terjamin kebersihannya. Baca :  Kilang Kosmetik Halal Sabah Semakan Status Halal Jakim Tentu ada tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat semakan Halal Jakim kan? Berikut

Kilang Kosmetik Halal Sabah

Kilang kosmetik Halal Sabah. Adakah anda mencari kilang kosmetik yang mendapat pengiktirafan Halal daripada Jakim? Kilang Kosmetik Borneo Rich Supplier kini berstatus Halal selepas melepasi kriteria premis Halal daripada Jakim. Ini membuktikan bahawa Kilang Kosmetik Borneo Rich Supplier menggunakan bahan yang telah mendapat Halal atau bahan yang mempunyai MSDS dan tidak menggunakan bahan daripada haiwan. Kriteria  Kilang Kosmetik Halal Sabah. Mendapatkan Halal untuk kilang kosmetik memerlukan dokumentasi yang lengkap dan prasarana yang memuaskan. Perkara pertama yang akan dinilai adalah personnel, bahan , proses dan premis. Namun penggunaan logo Halal terhad di dalam premis sahaja. Penggunaan logo Halal pada produk pula memerlukan syarikat membuat permohonan baru. Kilang Kosmetik Halal Sabah. Alamat Kilang Kosmetik Halal Sabah Borneo Rich Supplier   Lot 1, No. 6, Jalan 1 Kkip Timur,  Commercial Zone 2, Industrial Park,  88460 Kota Kinabalu, Sabah Borneo Rich Supplier

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. Produk kosmetik yang berada di pasaran seharusnya mempunyai no pendaftaran produk dengan KKM. Kebiasaanya, pendaftaran NOT ini diuruskan oleh pengilang menggunakan token melalui portal Quest3+. Dengan adanya no pendaftaran produk kosmetik ini. produk tersebut disahkan selamat. Namun terdapat juga kes dimana, terdapat produk yang diluluskan didapati tidak selamat apabila terdapat pengguna produk yang membuat aduan. Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. 1. Melawat Laman Web Rasmi NPRA : Klik Sini 2. Lakukan Carian Produk     Link carian Produk : Carian Produk Anda akan ke halaman ini. Lakukan Carian. Untuk memulakan carian, anda perlu mendapatkan no notifikasi produk terlebih dahulu. Untuk produk kosmetik, no notifikasi bermula dengan huruf NOT manakala untuk produk farmaseutikal akan bermula dengan huruf MAL. Carian boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk , no pendaftaran produk, pengilang, pengimport dan m