Skip to main content

Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan






Halal Malaysia semakin dipandang oleh industri dalam negara bahkan luar negara. Penggunaan Logo Halal Malaysia meningkatkan keyakinan pengguna dan menjamin kebersihan dan keselamatan produk. Ini kerana Halal mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan produk selamat. namun demikian, tidak kurang rungutan daripada para pengusaha makanan berkenaan kesusahan untuk mendapatkan Halal. cara memohon halal bagi produk makan tidaklah susah sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan SOP Halal sebelum diaudit pihak JAKIM.


Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan


Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:
  • Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
  • Pengedar/penjual (distributor/ trader);
  • Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
  • Pembungkusan semula (repacking);
  • Premis makanan (food premise);
  • Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online.

Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.

Permohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berikut:
  • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
  • Produk yang tidak halal;
  • Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
  • Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ;
  • Pewarna rambut (hair color / hair dye);
  • Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;
  • Baja dan makanan binatang;
Pemohon perlu mengisi borang yang bersesuaian :
  • Produk / Barangan Gunaan
  • Premis Makanan
  • Rumah Sembelih
Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:
  • Profil syarikat;
  • Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;
  • Bahan ramuan yang digunakan;
  • Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;
  • Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);
  • Jenis bahan pembungkusan;
  • Proses dan prosedur pengeluaran;
  • Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada); dan
  • Peta lokasi premis / kilang.
  • Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

Pengalaman Audit Jakim

Pengalaman audit Jakim. Audit Jakim dijalankan selepas permohonan On-line lengkap dan mendapat surat audit daripada pihak Jakim. Pihak Jakim tidak akan memberikan tempoh spesifik untuk melakukan audit. Jakim hanya akan memaklumkan akan melakukan audit dalam tempoh masa seminggu (akan datang pada bila-bila masa sahaja). Pihak syarikat hendaklah bersedia sepanjang tempoh masa tersebut.

Pihak Jakim akan menghantar 2 orang auditor untuk proses audit. Pihak syarikat diminta untuk membentang berkenaan proses Halal didalam syarikat. 

Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan

Permohonan Halal untuk produk makanan tidaklah susah/ rumit seperti yang disangkakan. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mengisi permohonan Halal, anda boleh menghubungi 

aminshukri91@gmail.com
0168652701

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA. Musim perayaan semakin menghampiri. Musim perayaan juga sinonim dengan majlis pernikahan. Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan RELA untuk membuat kawalan lalulintas, berikut merupakan contoh surat rasmi untuk menapatkan bantuan berkenaan. Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA Suriram Ajmain Kg Pasir Putih Pasir Gudang Johor No tel : 0135431728                                                                                     22 JUN 2018 __________________________________________________________________________ Ketua RELA _________________ _________________ _________________ PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN Dengan segala hormatnya saya mer...

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. Produk kosmetik yang berada di pasaran seharusnya mempunyai no pendaftaran produk dengan KKM. Kebiasaanya, pendaftaran NOT ini diuruskan oleh pengilang menggunakan token melalui portal Quest3+. Dengan adanya no pendaftaran produk kosmetik ini. produk tersebut disahkan selamat. Namun terdapat juga kes dimana, terdapat produk yang diluluskan didapati tidak selamat apabila terdapat pengguna produk yang membuat aduan. Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. 1. Melawat Laman Web Rasmi NPRA : Klik Sini 2. Lakukan Carian Produk     Link carian Produk : Carian Produk Anda akan ke halaman ini. Lakukan Carian. Untuk memulakan carian, anda perlu mendapatkan no notifikasi produk terlebih dahulu. Untuk produk kosmetik, no notifikasi bermula dengan huruf NOT manakala untuk produk farmaseutikal akan bermula dengan huruf MAL. Carian boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk , no pendaftaran produk, pengilang, pengimp...

Senarai Kilang Kosmetik di Sabah

Senarai Kilang Kosmetik Sabah. Jika sebelum ini anda perlu ke Semenanjung Malaysia untuk mencari kilang kosmetik, kini anda juga boleh menemui kilang kosmetik bertaraf GMP di Sabah. Kilang Kosmetik bertaraf GMP ini menyediakan perkhidmatan untuk membuat produk kosmetik anda. Senarai Kilang Kosmetik di Sabah Kilang kosmetik ini tidak menjual krim kilo. semua produk yang dikeluarkan bermula daripada R&D sebelum diproses. Secara umumnya, terdapat dua kilang bertaraf GMP di Sabah iaitu Borneo Rich Supplier dan Anita Fragrance Cosmetic Laboratory. Baca Lagi : Bahan Terlarang Dalam Produk Kosmetik Alamat Kilang Kosmetik Sabah Kilang kosmetik Sabah 1. Borneo Rich supplier     SIRIM Sabah , Lot 1, Fasa 1, Jalan Timur 6, Taman Perindustrian KKIP, Kota Kinabalu, Sabah     Kilang kosmetik ini menawarkan perkhidmatan membuat produk ODM. Selain itu, kilang ini juga        menawarkan kelas make up, kelas sabun dan penjualan b...