Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Semakan Keputusan Guru interim Ambilan Januari 2020

Semakan  Keputusan Guru Interim Ambilan Januari 2020. Bagi calon yang telah mengisi permohonan untuk menjadi guru Interim September lepas. S emakan Keputusan Guru Interim Ambilan Januari 2020 boleh dilakukan bermula 1.00 tengah hari 09 Oktober 2019. Permohonan Guru Interim Ambilan 2020 telah tamat pada 30 September yang lepas. Ambilan pada kali ini dibuka untuk guru sekolah rendah. Kepada calon yang berjaya ke peringkat UKCG, pastikan anda bersedia sebaiknya untuk ke peringkat seterusnya. Untuk makluman . Keputusan calon berjaya dipanggil UKCG boleh diketahui pada 9 Oktober 2019 (Rabu). Jam 1.00 tengahari Semua calon boleh melayari portal yang sama semasa mendaftar untuk mengetahui keputusan tersebut. Sila semak proses kerja terkini untuk mengetahui maklumat lanjut. Admin Anda boleh membuat semakan di pautan berikut :  https://pismp.moe.gov.my/myUMUM/ Kami mendoakan agar permohonan kalian berjaya.

Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan

Halal Malaysia semakin dipandang oleh industri dalam negara bahkan luar negara. Penggunaan Logo Halal Malaysia meningkatkan keyakinan pengguna dan menjamin kebersihan dan keselamatan produk. Ini kerana Halal mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan produk selamat. namun demikian, tidak kurang rungutan daripada para pengusaha makanan berkenaan kesusahan untuk mendapatkan Halal. cara memohon halal bagi produk makan tidaklah susah sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan SOP Halal sebelum diaudit pihak JAKIM. Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut: Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer); Pengedar/penjual (distributor/ trader); Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer); Pembungkusan semula (repacking); Premis makanan (food premise); Rumah sembelih (abattoir/slaughter house). Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hen

Perkhidmatan Pengujian SPF Produk Kosmetik

Sun Protection Factor (SPF) merupakan nilai yang menjadi anggaran kepada keberkesanan produk tersebut bagi melindungi kulit anda dibawah sinaran matahari. Contohnya, kulit anda akan terbakar dalam masa 15 minit tanpa memakai sebarang produk. Dengan menggunakan produk yang mempunyai nilai SPF 10, ianya akan memperpanjang masa yang diambil oleh kulit anda untuk mula terbakar sebanyak 10 kali ganda. Iaitu 15 minit x 10 = 150 minit dan begitulah seterusnya. Adakah SPF Tinggi Baik Untuk Kulit? SPF yang tinggi tidak menjadi ukuran baiknya produk tersebut kepada kulit kita. Penggunaan SPF rendah juga memadai sekiranya kita merancang masa terdedah kepada matahari. Berikut merupakan anggran masa yang diambil oleh jenis kulit untuk mula terbakar dibawah terik matahari. Kulit putih biasanya akan bertahan selama 10 minit. Kulit kuning langsat akan bertahan selama 15 minit Kulit sawo matang akan bertahan selama 20 minit. Adalah penting untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit kit