Skip to main content

Perkhidmatan Pengujian SPF Produk Kosmetik


Sun Protection Factor (SPF) merupakan nilai yang menjadi anggaran kepada keberkesanan produk tersebut bagi melindungi kulit anda dibawah sinaran matahari. Contohnya, kulit anda akan terbakar dalam masa 15 minit tanpa memakai sebarang produk. Dengan menggunakan produk yang mempunyai nilai SPF 10, ianya akan memperpanjang masa yang diambil oleh kulit anda untuk mula terbakar sebanyak 10 kali ganda. Iaitu 15 minit x 10 = 150 minit dan begitulah seterusnya.

Adakah SPF Tinggi Baik Untuk Kulit?


SPF yang tinggi tidak menjadi ukuran baiknya produk tersebut kepada kulit kita. Penggunaan SPF rendah juga memadai sekiranya kita merancang masa terdedah kepada matahari. Berikut merupakan anggran masa yang diambil oleh jenis kulit untuk mula terbakar dibawah terik matahari.

Kulit putih biasanya akan bertahan selama 10 minit.
Kulit kuning langsat akan bertahan selama 15 minit
Kulit sawo matang akan bertahan selama 20 minit.

Adalah penting untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit kita bagi mengelakkan kesan lain.

Perkhidmatan Pengujian SPF

Bagi pengasas produk yang mempunyai SPF, adalah amat penting untuk mendapatkan  sijil SPF daripada makmal berdaftar. Selain meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk, sijil ini juga boleh disertakan dalam permohonan Notifikasi (NOT).

Pengguna perlu menghantar sampel produk sebanyak 30g. Pengujian produk mengambil masa sebanyak 2-3 minggu sebelum keputusan SPF dikeluarkan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan quotation, sila hantar email ke

aminshukri91@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA. Musim perayaan semakin menghampiri. Musim perayaan juga sinonim dengan majlis pernikahan. Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan RELA untuk membuat kawalan lalulintas, berikut merupakan contoh surat rasmi untuk menapatkan bantuan berkenaan. Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA Suriram Ajmain Kg Pasir Putih Pasir Gudang Johor No tel : 0135431728                                                                                     22 JUN 2018 __________________________________________________________________________ Ketua RELA _________________ _________________ _________________ PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN Dengan segala hormatnya saya mer...

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah. Kemunculan produk kosmetik semakin berkembang pada masa kini. Kemunculan pelbagai kilang kosmetik merancakkan lagi industri kecantikan di negara kita. Tidak ketinggalan di negeri Sabah, kini terdapat dua kilang kosmetik yang menawarkan perkhidmatan ini. Tempat Buat Produk Jenama Sendiri Sabah salah satunya berada di SIRIM Sabah yang berada di KKIP Telipok. Baca Lagi : Alamat Kilang Kosmetik Sabah Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah Adakah anda berminat untuk membuat produk jenama sendiri dengan formulasi yang anda inginkan? Kini terdapat sebuah kilang kosmetik di Sabah yang menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai idea untuk membuat sesuatu produk, anda boleh berbincang dengan Cosmetic Chemist di kilang ini untuk memulakan R&D.  Beberapa sampel akan diberikan kepada anda untuk dilakukan penambah baikan mengikut kemahuan anda, Sekiranya anda telah berpuas hati dengan sampe...

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. Produk kosmetik yang berada di pasaran seharusnya mempunyai no pendaftaran produk dengan KKM. Kebiasaanya, pendaftaran NOT ini diuruskan oleh pengilang menggunakan token melalui portal Quest3+. Dengan adanya no pendaftaran produk kosmetik ini. produk tersebut disahkan selamat. Namun terdapat juga kes dimana, terdapat produk yang diluluskan didapati tidak selamat apabila terdapat pengguna produk yang membuat aduan. Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. 1. Melawat Laman Web Rasmi NPRA : Klik Sini 2. Lakukan Carian Produk     Link carian Produk : Carian Produk Anda akan ke halaman ini. Lakukan Carian. Untuk memulakan carian, anda perlu mendapatkan no notifikasi produk terlebih dahulu. Untuk produk kosmetik, no notifikasi bermula dengan huruf NOT manakala untuk produk farmaseutikal akan bermula dengan huruf MAL. Carian boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk , no pendaftaran produk, pengilang, pengimp...