Skip to main content

Cara Buat Sabun Kopi

Cara Buat Sabun Kopi.

Kopi merupakan minuman yang tidak asing bagi yang menggemarinya. Minuman kopi juga telah dipelbagaikan mengikut kesesuaian tempat dan citarasa masyarakat tempatan. Kopi semakin digemari, buktinya adalah dengan kemunculan kafe kopi di negara ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, dengan inovasi masyarakat tempatan, kopi turut digunakan dalam pembuatan sabun muka. Penggunaan kopi sebagai skrub boleh membersihkan kulit wajah daripada sel mati. Berikut merupakan cara mudah untuk membuat sabun kopi.

Anda boleh mendapatkan bahan mentah daripada Borneo Rich Supplier sekiranya anda berdekatan Pekan Telipok ataupun tinggal di Sabah.

Cara Buat Sabun Kopi.


Peralatan yang diperlukan :

1. Induction heater / Microwave oven/ Periuk nasi ( Digunakan untuk pemanasan)
2. Acuan ( Boleh menggunakan bekas dadih/ Acuan coklat ataupun yang difikirkan bersesuaian)
3. Spatula (Gunakan untuk mengacau gliserin yang cair)
4. Beaker ( Boleh gunakan keluli tahan karat/atau yang difikirkan bersesuaian)

Bahan mentah :
1. Ibu sabun / Soap base/ Gliserin (100g) (Transparent/Opaque)
2. Serbuk Kopi (1g)

Cara Buat Sabun Kopi.

1. Buat pemanasan secara double boil. Panaskan air dalam bekas keluli (Jika gunakan induction heater). Letakkan gliserin yang telah ditimbang ke dalam bekas keluli yang lain. Bekas ini kemudiannya diletakkan ke dalam air yang telah dipanaskan sebelumnya.

Konsep double boil :
Haba daripada induction heater memanaskan air, haba daripada air pula akan memanaskan gliserin.

2. Setelah cair (tiada selaput di bahagian atas gliserin), masukkan serbuk kopi ke dalam gliserin. Kacau sehingga sebati menggunakan spatula.

3. Tuang larutan ke dalam acuan yang telah disediakan terlebih dahulu.

Peringatan.

1. Pastikan anda membersihkan semua perkakas yang digunakan terlebih dahulu.
2. Pastikan kawasan kerja anda bersih sebelum memulakan pembuatan sabun.

Selamat bereksperimen!
Cara Buat Sabun Kopi

Comments

  1. Terima kasih info. Lepas ni bagus buat sendiri la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA. Musim perayaan semakin menghampiri. Musim perayaan juga sinonim dengan majlis pernikahan. Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan RELA untuk membuat kawalan lalulintas, berikut merupakan contoh surat rasmi untuk menapatkan bantuan berkenaan. Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA Suriram Ajmain Kg Pasir Putih Pasir Gudang Johor No tel : 0135431728                                                                                     22 JUN 2018 __________________________________________________________________________ Ketua RELA _________________ _________________ _________________ PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN Dengan segala hormatnya saya mer...

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. Produk kosmetik yang berada di pasaran seharusnya mempunyai no pendaftaran produk dengan KKM. Kebiasaanya, pendaftaran NOT ini diuruskan oleh pengilang menggunakan token melalui portal Quest3+. Dengan adanya no pendaftaran produk kosmetik ini. produk tersebut disahkan selamat. Namun terdapat juga kes dimana, terdapat produk yang diluluskan didapati tidak selamat apabila terdapat pengguna produk yang membuat aduan. Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. 1. Melawat Laman Web Rasmi NPRA : Klik Sini 2. Lakukan Carian Produk     Link carian Produk : Carian Produk Anda akan ke halaman ini. Lakukan Carian. Untuk memulakan carian, anda perlu mendapatkan no notifikasi produk terlebih dahulu. Untuk produk kosmetik, no notifikasi bermula dengan huruf NOT manakala untuk produk farmaseutikal akan bermula dengan huruf MAL. Carian boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk , no pendaftaran produk, pengilang, pengimp...

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah. Kemunculan produk kosmetik semakin berkembang pada masa kini. Kemunculan pelbagai kilang kosmetik merancakkan lagi industri kecantikan di negara kita. Tidak ketinggalan di negeri Sabah, kini terdapat dua kilang kosmetik yang menawarkan perkhidmatan ini. Tempat Buat Produk Jenama Sendiri Sabah salah satunya berada di SIRIM Sabah yang berada di KKIP Telipok. Baca Lagi : Alamat Kilang Kosmetik Sabah Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah Adakah anda berminat untuk membuat produk jenama sendiri dengan formulasi yang anda inginkan? Kini terdapat sebuah kilang kosmetik di Sabah yang menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai idea untuk membuat sesuatu produk, anda boleh berbincang dengan Cosmetic Chemist di kilang ini untuk memulakan R&D.  Beberapa sampel akan diberikan kepada anda untuk dilakukan penambah baikan mengikut kemahuan anda, Sekiranya anda telah berpuas hati dengan sampe...