Skip to main content

Posts

Semakan Keputusan Guru interim Ambilan Januari 2020

Semakan  Keputusan Guru Interim Ambilan Januari 2020. Bagi calon yang telah mengisi permohonan untuk menjadi guru Interim September lepas. S emakan Keputusan Guru Interim Ambilan Januari 2020 boleh dilakukan bermula 1.00 tengah hari 09 Oktober 2019. Permohonan Guru Interim Ambilan 2020 telah tamat pada 30 September yang lepas. Ambilan pada kali ini dibuka untuk guru sekolah rendah. Kepada calon yang berjaya ke peringkat UKCG, pastikan anda bersedia sebaiknya untuk ke peringkat seterusnya. Untuk makluman . Keputusan calon berjaya dipanggil UKCG boleh diketahui pada 9 Oktober 2019 (Rabu). Jam 1.00 tengahari Semua calon boleh melayari portal yang sama semasa mendaftar untuk mengetahui keputusan tersebut. Sila semak proses kerja terkini untuk mengetahui maklumat lanjut. Admin Anda boleh membuat semakan di pautan berikut :  https://pismp.moe.gov.my/myUMUM/ Kami mendoakan agar permohonan kalian berjaya.

Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan

Halal Malaysia semakin dipandang oleh industri dalam negara bahkan luar negara. Penggunaan Logo Halal Malaysia meningkatkan keyakinan pengguna dan menjamin kebersihan dan keselamatan produk. Ini kerana Halal mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan produk selamat. namun demikian, tidak kurang rungutan daripada para pengusaha makanan berkenaan kesusahan untuk mendapatkan Halal. cara memohon halal bagi produk makan tidaklah susah sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan SOP Halal sebelum diaudit pihak JAKIM. Cara Memohon Halal bagi Produk Makanan Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut: Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer); Pengedar/penjual (distributor/ trader); Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer); Pembungkusan semula (repacking); Premis makanan (food premise); Rumah sembelih (abattoir/slaughter house). Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hen...

Perkhidmatan Pengujian SPF Produk Kosmetik

Sun Protection Factor (SPF) merupakan nilai yang menjadi anggaran kepada keberkesanan produk tersebut bagi melindungi kulit anda dibawah sinaran matahari. Contohnya, kulit anda akan terbakar dalam masa 15 minit tanpa memakai sebarang produk. Dengan menggunakan produk yang mempunyai nilai SPF 10, ianya akan memperpanjang masa yang diambil oleh kulit anda untuk mula terbakar sebanyak 10 kali ganda. Iaitu 15 minit x 10 = 150 minit dan begitulah seterusnya. Adakah SPF Tinggi Baik Untuk Kulit? SPF yang tinggi tidak menjadi ukuran baiknya produk tersebut kepada kulit kita. Penggunaan SPF rendah juga memadai sekiranya kita merancang masa terdedah kepada matahari. Berikut merupakan anggran masa yang diambil oleh jenis kulit untuk mula terbakar dibawah terik matahari. Kulit putih biasanya akan bertahan selama 10 minit. Kulit kuning langsat akan bertahan selama 15 minit Kulit sawo matang akan bertahan selama 20 minit. Adalah penting untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit kit...

Cara Pilih Serum Muka

Cara Pilih Serum Muka Memiliki wajah yang cantik merupakan idaman setiap insan di dunia ini. Namun seiring dengan peredaran waktu, muka menjadi semakin kusam, jatuh, tidak tegang dan bermacam lagi. Untuk mengatasi masalah ini, industri kecantikan telah menjadikan serum sebagai penyelesai masalah ini. Cara buat serum muka tidaklah susah mana. Yang penting bahan yang dipakai selamat dan sesuai dengan kulit anda. Lelaki Pakai Serum x? Penyediaan Base Serum. Pada kebiasaannya bes serum menggunakan air sebagai bahan utama diikuti dengan beberapa bahan seperti gliserin dan lain-lain. Fungsi bahan yang lain ini adalah untuk memberikan beberapa kebaikan kepada kulit seperti pelembap dan memberikan tekstur yang baik untuk base serum tersebut.  Nilai pH juga menetukan kebaikan kepada kulit anda manakala tekstur serum adalah lebih kepada 'feel' kepada pemakai. Baca :  Cara Cek Halal Produk Bahan Aktif Serum Bahan aktif serum juga memainkan peranan yang sangat penting u...

Semakan Status Halal Jakim

Semakan Status Halal Jakim Logo Halal Malaysia semakin dikenali di mata dunia. Industri Halal juga telah menunjukkan peningkatan yang signifikan. Maka idak hairanlah jika Standard Malaysia telah mengeluarkan pelbagai Standard Malaysia berkenaan Halal.  Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; Ø·َÙ„َبُ الْØ­َلاَÙ„ِ Ùˆَاْجِبٌ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٍ “Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270). Logo Halal memainkan peranan penting untuk meyakinkan para pengguna. Ianya bukan sahaja menjadi indikator produk tersebut halal bahkan ianya selamat untuk dimakan dan diproses menggunakan bahan yang selamat dan terjamin kebersihannya. Baca :  Kilang Kosmetik Halal Sabah Semakan Status Halal Jakim Tentu ada tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat semakan Halal Jakim kan...

Kilang Kosmetik Halal Sabah

Kilang kosmetik Halal Sabah. Adakah anda mencari kilang kosmetik yang mendapat pengiktirafan Halal daripada Jakim? Kilang Kosmetik Borneo Rich Supplier kini berstatus Halal selepas melepasi kriteria premis Halal daripada Jakim. Ini membuktikan bahawa Kilang Kosmetik Borneo Rich Supplier menggunakan bahan yang telah mendapat Halal atau bahan yang mempunyai MSDS dan tidak menggunakan bahan daripada haiwan. Kriteria  Kilang Kosmetik Halal Sabah. Mendapatkan Halal untuk kilang kosmetik memerlukan dokumentasi yang lengkap dan prasarana yang memuaskan. Perkara pertama yang akan dinilai adalah personnel, bahan , proses dan premis. Namun penggunaan logo Halal terhad di dalam premis sahaja. Penggunaan logo Halal pada produk pula memerlukan syarikat membuat permohonan baru. Kilang Kosmetik Halal Sabah. Alamat Kilang Kosmetik Halal Sabah Borneo Rich Supplier   Lot 1, No. 6, Jalan 1 Kkip Timur,  Commercial Zone 2, Industrial Park,  88460 Kota Kinabalu, Sabah Bo...

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. Produk kosmetik yang berada di pasaran seharusnya mempunyai no pendaftaran produk dengan KKM. Kebiasaanya, pendaftaran NOT ini diuruskan oleh pengilang menggunakan token melalui portal Quest3+. Dengan adanya no pendaftaran produk kosmetik ini. produk tersebut disahkan selamat. Namun terdapat juga kes dimana, terdapat produk yang diluluskan didapati tidak selamat apabila terdapat pengguna produk yang membuat aduan. Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM. 1. Melawat Laman Web Rasmi NPRA : Klik Sini 2. Lakukan Carian Produk     Link carian Produk : Carian Produk Anda akan ke halaman ini. Lakukan Carian. Untuk memulakan carian, anda perlu mendapatkan no notifikasi produk terlebih dahulu. Untuk produk kosmetik, no notifikasi bermula dengan huruf NOT manakala untuk produk farmaseutikal akan bermula dengan huruf MAL. Carian boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk , no pendaftaran produk, pengilang, pengimp...

Senarai Kilang Kosmetik di Sabah

Senarai Kilang Kosmetik Sabah. Jika sebelum ini anda perlu ke Semenanjung Malaysia untuk mencari kilang kosmetik, kini anda juga boleh menemui kilang kosmetik bertaraf GMP di Sabah. Kilang Kosmetik bertaraf GMP ini menyediakan perkhidmatan untuk membuat produk kosmetik anda. Senarai Kilang Kosmetik di Sabah Kilang kosmetik ini tidak menjual krim kilo. semua produk yang dikeluarkan bermula daripada R&D sebelum diproses. Secara umumnya, terdapat dua kilang bertaraf GMP di Sabah iaitu Borneo Rich Supplier dan Anita Fragrance Cosmetic Laboratory. Baca Lagi : Bahan Terlarang Dalam Produk Kosmetik Alamat Kilang Kosmetik Sabah Kilang kosmetik Sabah 1. Borneo Rich supplier     SIRIM Sabah , Lot 1, Fasa 1, Jalan Timur 6, Taman Perindustrian KKIP, Kota Kinabalu, Sabah     Kilang kosmetik ini menawarkan perkhidmatan membuat produk ODM. Selain itu, kilang ini juga        menawarkan kelas make up, kelas sabun dan penjualan b...

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah

Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah. Kemunculan produk kosmetik semakin berkembang pada masa kini. Kemunculan pelbagai kilang kosmetik merancakkan lagi industri kecantikan di negara kita. Tidak ketinggalan di negeri Sabah, kini terdapat dua kilang kosmetik yang menawarkan perkhidmatan ini. Tempat Buat Produk Jenama Sendiri Sabah salah satunya berada di SIRIM Sabah yang berada di KKIP Telipok. Baca Lagi : Alamat Kilang Kosmetik Sabah Tempat Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri Sabah Adakah anda berminat untuk membuat produk jenama sendiri dengan formulasi yang anda inginkan? Kini terdapat sebuah kilang kosmetik di Sabah yang menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai idea untuk membuat sesuatu produk, anda boleh berbincang dengan Cosmetic Chemist di kilang ini untuk memulakan R&D.  Beberapa sampel akan diberikan kepada anda untuk dilakukan penambah baikan mengikut kemahuan anda, Sekiranya anda telah berpuas hati dengan sampe...

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA

Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA. Musim perayaan semakin menghampiri. Musim perayaan juga sinonim dengan majlis pernikahan. Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan RELA untuk membuat kawalan lalulintas, berikut merupakan contoh surat rasmi untuk menapatkan bantuan berkenaan. Contoh Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalulintas RELA Suriram Ajmain Kg Pasir Putih Pasir Gudang Johor No tel : 0135431728                                                                                     22 JUN 2018 __________________________________________________________________________ Ketua RELA _________________ _________________ _________________ PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN Dengan segala hormatnya saya mer...

Bahan Terlarang Dalam Produk Kosmetik

Bahan Terlarang Dalam Produk Kosmetik. Bahan terlarang dalam produk kosmetik. Pada masa kini, untuk menjadi seorang pengasas produk kecantikan tidak memerlukan anda mempunyai sebuah kilang yang gah dengan mesin-mesin canggih serta barisan pekerja yang profesional. Produk kosmetik kini dipasarkan secara meluas tidak mengira di kaki lima sehinggalah di laman sosial. Permintaannya juga sering meningkat seiring dengan jumlah wanita di dunia ini. Kehadiran krim kilo telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia kosmetik. Krim ini dijual dengan harga yang murah secara timbang kilo, kemudiannya akan di 'packing' sendiri oleh pembeli mengikut jenama/botol sendiri. Namun tanpa anda sedari, krim kilo ini kebanyakannya tidak berdaftar dan mempunyai bahan yang terlarang didalamnya. Bahan Terlarang Dalam Produk Kosmetik Antara bahan terlarang yang sangat popular digunakan dalam produk kosmetik adalah seperti berikut : 1. Merkuri 2. Tretinoin 3. Hydroquinone 4. Asid A...

Cara Buat Sabun Kopi

Cara Buat Sabun Kopi. Kopi merupakan minuman yang tidak asing bagi yang menggemarinya. Minuman kopi juga telah dipelbagaikan mengikut kesesuaian tempat dan citarasa masyarakat tempatan. Kopi semakin digemari, buktinya adalah dengan kemunculan kafe kopi di negara ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, dengan inovasi masyarakat tempatan, kopi turut digunakan dalam pembuatan sabun muka. Penggunaan kopi sebagai skrub boleh membersihkan kulit wajah daripada sel mati. Berikut merupakan cara mudah untuk membuat sabun kopi. Anda boleh mendapatkan bahan mentah daripada Borneo Rich Supplier  sekiranya anda berdekatan Pekan Telipok ataupun tinggal di Sabah. Cara Buat Sabun Kopi. Peralatan yang diperlukan : 1. Induction heater / Microwave oven/ Periuk nasi ( Digunakan untuk pemanasan) 2. Acuan ( Boleh menggunakan bekas dadih/ Acuan coklat ataupun yang difikirkan bersesuaian) 3. Spatula (Gunakan untuk mengacau gliserin yang cair) 4. Beaker ( Boleh gunakan keluli tahan...

Kursus Sabun Kota Kinabalu

Kursus Sabun Kota Kinabalu Kursus sabun semakin diminati oleh masyarakat awam. Kesedaran mengenai pentingnya menggunakan bahan yang betul,  tidak beracun dan sesuai menjadi antara faktor yang menjadikan kursus pembuatan sabun semakin digemari ramai. Sekiranya anda sedang mencari kursus pembuatan sabun dalam kawasan Kota Kinabalu, anda boleh menghubungi Borneo Rich Supplier , salah satu kilang kosmetik yang menawarkan kursus seumpama ini. Kursus Sabun Kota Kinabalu Di dalam kursus ini, anda akan diajar cara yang betul untuk membuat sabun muka anda sendiri mengikut jenis muka anda. Anda juga boleh mendapatkan bahan mentah untuk membuat sabun anda sendiri. Suasana kursus yang santai, alatan yang lengkap dan bilik berpenghawa dingin menjadikan kursus yang dianjurkan oleh Borneo Rich Supplier mudah untuk difahami oleh para peserta kursus. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kursus yang dianjurkan, anda boleh menghubungi nombor yang tertera seperti dibawah : ...